Wednesday, July 22, 2009

TERMA DAN SYARAT

Sila baca terma dan syarat ini sebelum membuat pendaftaran dan pembayaran.

Pihak kami mengandaikan anda telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat ini sekiranya anda telah menghantar pendaftaran kepada kami.

Sebarang bantahan, atau surat menyurat selepas pendaftaran tidak akan di layan.

TERMA DAN SYARAT

1- Peserta mendaftar dengan mengisi maklumat peribadi yang betul.

2- Maklumat peribadi peserta adalah menjadi hak milik Propercourse dan tidak akan dibocorkan kepada mana-mana pihak.

3- Wang yang telah di bayar, tidak akan dipulangkan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus pada tarikh yang ditetapkan.

4- Peserta yang hendak menarik diri, perlu membuat permohonan tarik diri secara bertulis kepada propercourse@gmail.com selewatnya 48 jam sebelum kursus dijalankan. Peserta yang membuat permohonan selepas itu tidak akan di layan.

5- Bagi peserta yang menarik diri, wang anda akan dipulangkan dalam tempoh 3 hari selepas pembatalan anda disahkan.

6- Pihak Propercourse atau Minda Efisyen Enterprise tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang berlaku kepada peserta kursus ini setelah menggunakan bahan dan pengajaran dari kursus ini.

7- Propercourse berhak membatalkan kursus pada bila-bila masa dengan notis sekurangnya 48 jam sebelum kursus dijalankan, atau menunda kursus pada satu tarikh yang lain.

8- Jika kursus dibatalkan, yuran peserta kan dipulangkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh kursus sepatutnya dijalankan.

9- Pihak penganjur tidak akan menunggu sehingga semua peserta sampai untuk memulakan pengajaran.

10- Tarikh tutup penyertaan adalah sehari sebelum kursus diadakan. bagi peserta yang lewat mendaftar, pendaftaran anda tidak akan dilayan dan wang anda tidak akan dikembalikan.